21 Oktober 2010

ShowCase Maher Zain

Tarikh :14.10.2010 
Lokasi : Auditorium M.B.S.A
Waktu : 8.00 malam

Pada tarikh tersebut, aku dan rakan ofis mendapat tiket untuk menghadiri showcase 'Maher Zain'. Seorang penyanyi muda dari Lubenan rasanya..
Pada mulanya aku tak mengenali siapa dia.. tapi setiap masa yang terluang aku mencari maklumat tentangnya.
Pukul 6 petang, aku dan rakan-rakan bergerak dari ofis ke tempat yang dituju.  Showcase beliau bermula lewat, dekat sejam gak la lewat..
Showcase dimulakan dengan persembahan inTeam kemudian Aishah. 
Kemudian Maher Zain memulakan persembahan. SUBHANALLAH... lunak nya suara beliau.. MASYALLAH.. rupa paras, lirik lagu, semuanya menyentuh kalbu..


Ada gak kengkawan yg try amik pic dia.. n video dia.. dan inilah salah satu keberhasilan nya untuk aku kongsikan bersama..



 Dia mendendangkan 8 buah lagu 'InsyAllah'dan 'For The Rest Of My Life' adalah salah satu lagu kegemaran ku... huhuhuh best nye .

Dan InsyAllah sekiranya dia datang lagi ke Malaysia, aku akan hadir kan diri...

LUahan Kata aTau Peringatan???!!!

Salam Sahabat... Kawan... Teman...
Dalam menempuh kehidupan seharian .. 
banyak perkara yang telah berlaku...
banyak kesilapan yang telah dilakukan samada sengaja atau tidak..
banyak pengalaman yang telah dipelajari untuk menjadi landasan kita menempuh kehidupan kita yang seterusnya...
banyak pilihan yang perlu ditentukan agar tidak tersalah arah..

Apa yang pasti kita tidak boleh menghadapi kehidupan ini bersendirian.
Segala pilihan .. tindakan.. perbuatan.. kata-kata akan melibatkan orang yang berada di sekeliling kita.. terutama orang yang kita sayang...

Oleh yang demikian, buat pilihan yang tepat untuk setiap tindakan yang ingin diambil.
Minta la pendapat orang yang rapat dengan kita sekiranya kita tidak yakin dengan keputusan yang kita ingin buat..
Dan akhir sekali ber'tawakal' pada ALLAH..kerana DIA yang lebih tahu segalanya.

Segala yang berlaku kena la terima dengan redha.
Cari la iktibar dari segala kesilapan yang berlaku.
Perbaiki la diri untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama