03 Disember 2010

Sebelum..... Cuba Fikir Kan...

Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang  terburuk di
dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup.

 Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
 Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
 Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetap dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
 Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
 Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.





Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

 Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup

Rupanya akU di Tag....

Pagi jengOk jap ... rupanya aku di taG oleh cik ncUplala a.k.a emy.. (jengok la blog dia)

oOoo kena bercerita rupanya....n nak tau tentang diri ku...

5 perkara tentang diri anda ~~~~~~
  • merupakan seorang anak tunggal ( so dah pasti nya manja hehehe )
  • kalau rajin... rajin sangat2.. kalau malas... malas teramat2.. huhuhuhuhu
  • suka kan budak-budak (tapi kalau budak2 nie nakal sangat memang aku sekeh gak hehehehe)
  • cepat menangis... marah menangis... tak puas ati menangis... sedih dah tentu nangis gak
  • amat suka berwindow shOpping (sebenarnya lebih kepada melihat gelagat orang lepas tuh kutuk ... jahat sungguh kan )

5 perkara yang anda tak suka ~~~~~~~

  • orang pOtOng Q ... ( ni dah tentu di jalan raya yg sesak.. sakit nya ati!!!!!.)
  • apa laie ye yang aku tak suka... ermmmmmm oOooo ya penipu ... memang la aku tak suka nie...
  • dipermainkan/diperlekehkan ( tau la aku ni lurus bendul, tapi selalu je orang mempermainkan aku huhuhuhu ) tak baik tau !! 
  • barang kesayangan digunakan tanpa diberitahu... tuh memang hangin laa... 
  • bila mama ku di sakiti.... memang aku tak suka la dengan orang yang menyakiti ati mama ku tuh...
 



   

5 perkara yang membuat anda bahagia ~~~~~~~

  • bila disayangi dan di lindungi oleh orang yang menyayangi. (hmmmmmmm dah tentu impian semua gadis dan wanita )
  • bila makan aiskrim... nyum nyum.... makan2.... yang best2.... (hahahaha memang tak boleh nak elak la kalau bab makan nie.. takde yang boleh halang)
  • bila dapat jalan2 ke mana pun... dengan ati yang tenang... lapang ..... best rasanya ... tengok keindahan alam... nak2 tepi pantai... atas bukit... indahnya bumi ciptaan Allah.
  • bila aku dapat membahagiakan mama ku yang tersayang.... aku pun turut bahagia

5 perkara yang anda ingin capai ~~~~~~~~~~

  • 1st dah tentu nak beli DSLR.... dan kereta baru.... (tengah berangan la ni hehehe)
  • ada rumah sendiri ... yang ada taman.... yang ada kolam .....  (tak kisah la pun kalau setakat umah kampung.. bestnya)
  • membawa mama ku ke tanah suci Mekah dan melancong ke seluruh dunia.
  • bersanding dengan orang yang tersayang ( ntah bile la tuh wawawawawa )
  • berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
macam ni aku pun nak tag gak... tengok la shout bOx kOrang ye....


Ketahui LaH Kamu Bahawa......

salam pagi jumaat ...
sekadar berkongsi di pagi yang mulia..
dan memberi ingatan kepada kU bahwa aKU tidak BersenDirian...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha  yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah  berusaha.
 
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan  hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung  airmatamu.
 
Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu  sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang  menunggu bersama denganmu.




 
Ketika kau merasa sendirian dan  teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu  berada disampingmu.
 
Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba  segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT  punya jawapannya.
 
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal  dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat  menenangkanmu.
 
Jika tiba-tiba kau dapat melihat  jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik  kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa  ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah  memberkatimu.
 
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau  dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum  padamu.
·          

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi  untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......
 
Renung2kan la dan selamat beramal.... hehehehhehehe