11 Disember 2010

TOLONG LA KAMI


seperti biasa aku tetap turut serta segmen2 yg abg Ben buat.
 


Ceritakan satu kenangan yang pernah anda lalui melibatkan isu merokok ditempat awam

kenangan tuh takde la sangat..tapi memang la selalu kalau aku berjalan ditempat awam nie.. aku paling pantang lalu kat segerombolan lelaki yang merokok. nak2 laie kalau dengan selamba nye menghembus asap rokok tuh ke arah aku.. menyampah la... kalau ensem pun aku memang reject terus la.. tak hormat langsung kat orang lain. Adalah skali tuh aku kat kedai makan.. tengah sedap2 makan sambil hidu makanan yg sedap .. boleh plak mamat sebelah meja tu merokok ngan asap yg berkepul2. time aku hidu tuh la time dia hembus asap rokok.. tersedak2 aku di buatnya... hangin nye aku.

Pernahkah anda menegur mereka yang merokok ditempat awam dan apakah tindakan yang diambil mereka ? 

aku ni nampak je ganas tapi sebenarnya tak berani. ada gak aku sindir 'wei aku tak nak mati cepat gara2 korang la' .. tak pun aku saja2 la buat batuk2 yg melampau.. cOnfirm orang tuh beralih arah dari aku.. hehehe... tapi memang susah nak tegor org yg merokok nie...

Rayuan anda pada mereka yang suka merokok ditempat awam
tolong la !! jangan la merokok di tempat awam... sian tau.. kalau nak cepat mati pun jangan la libatkan orang yg kat sekeliling... korang isap la rokok tuh dalam 1 bilik yg cuma ada korang je... cepat sket korang mati.. tak la libatkan orang yg tak bersalah...

p/s memang susah nak tegor org yg merokok di tempat awam nie...

subjek ari ni : Setting Comments

tujuan aku buat ni untuk mereka yang baru belajar dunia blog. (seperti aku)

untuk setting comment klik
Design --> Settings --> Comments

Ini untuk kita tentukan nak paparkan  atau sembunyikan comments.


Ini nak tentukan siapa yg boleh comment

Anyone ~~ tu sesape je la yang boleh comment (kalau nak sesape pun bole comment baik pilih ini) sebab org yang berblog guna wordpress pun letak comment
Registered Users ~~ untuk mereka yang register jer la.. yg lain tak bole
Users with Google Accounts ~~ yg ada google accounts jer la... kalau takde tak bole la nak comment
Only members of this blog ~~~ hanya mereka yang follow blog tuh je la bole komen kan...

 bagi aku biar la semua orang bole comment.. tak salah menerima comment orang nie.. ada kebaikan nya gak. (kawan aku pun pesan kat aku guna anyone so senang dia nak comment) kredit kat selly a.k.a mamaharis



Ini yang membuat aku pening tadi...(kena baca la entri aku yang sebelum nya )
Bagi mereka yang ada masa yang banyak untuk review semua comment yg pembaca baca dah tentu dorg akan pilih 'always' atau pun 'only on posts older than... day'
'always' tuh memang untuk semua post manakala yang 'only' untuk tempoh post yg tertentu.
Bagi orang yang macam saya yg malas nak review comment pilih la 'never'
Sebab aku terima semua comment .. hhehe...( ni sebenarnya ada gak yg perlu review comment seperti kedai2 online.. mana la tau ada yg memburukkan produk kan .. kena la remove comment tuh )




   

yang kat 'email address' itu untuk notify kita kalau ada 'orang asing' comment.. so korang letak la email korang kat situ.

'Comments Default for post' nak tentukan samada korang nak orang comment ke tak? (kalau tak silap aku la.. kalau salah kena tunjukkan)
'Backlinks' ni untuk korang nak tunjukkan sama ada nak papar kan atau sembunyikan backlink.. dan samada nak letak backlinks atau tak..

'Show word verification for comments' kalau korang perasan mesti ada sesetengah blog , setiap kali korang komen mesti ada plak kuar word pelik2 keluar untuk korang retype. ini la benda nye.

aku memang tak suka letak. sebab apa membuatkan orang ilang mood nak komen. tau kenapa, taip2 punya taip punya taip.. bila nak send / submit kuar plak menatang nie.. ingat kita dah ada dah.. rupanya belum.. last2 pangkah je terus.. sebab menyusahkan aku.. hehehe itu aku la.. kalau nak mengomen.. tapi kebanyakan kawan2 aku pun tak suka benda nie.. 
so nasihat aku tak yah la letak 'word verification' ni.


hah yang ini untuk tentukan kedudukan form comment korang

Full page ~~~ form korang akan kuar sepenuhnya . ( kalau nak balik ke entry atau sambil2 comment nak tengok balik post susah la)

Pop-up window ~~~ ni kalau korang perasan dia kuar window kecik khas untuk komen ( guna ni senang bagi aku la sebab sambil aku komen aku ley baca post ) then kalau terlupa nak submit perasan la kite sebab dia window yg berlainan.

Embedded below post ~~~ form akan view bawah post.. Bayangkan la kalau post tuh banyak comment macam abg ben.. jenuh la kita nak scroll up untuk tengok post.


Show profile images on comments ~~ dah tentu kita nak profile orang yg komen kita tuh terpapar kan hehehe

Comment Notification Email ~~ hah nie kalau nak notification letak la email kat situ.  bagi memenuhkan inbox email korang.

So sekian untuk pelajaran hari ni.. kalau ada silap bagi la comment... hehehehe

gelak sensorang.. Giler ke?

ehsan dari google images
 
memang aku tengah gelak sensorang..
gara2 comment aku tak kuar ...
aku menggelabah...
sampai merajuk la.. bila tengok takde sape yg komen.





   

tapi sebenarnya memang penting 'comment' nie..
kalau tak penting tak la aku terasa ati macam nie skali ...

so jap g lagi aku buat toturial yg tak seberapa untuk tatapan semua ... 
thanx again to ferry (penyokong setia nie).. menyedar kan aku atas kekalutan aku 

p/s malu sensorang2 bila teringat kekalutan aku ari ni.

pening ngan bloG sendiri

tolong2 apa dah jadi ngan blog aku nie??

huhuhu ferry aku dah pening nie...






   
betul la ada comment tuh...

maaf la kalau tersilap sangka...

huhuhuhu tapi tuh pun luahan pendapat gak..

macam nak aku nak dapat kan comment aku tuh???

tolong2....

tak best ke entri aku?

kekadang aku tertanya2..
tak best ke entri aku?..
bukan la niat di ati tuh nak up trafic beriye2 macam abg Ben ke?
atau pun Hanis Zalikha ke?

tapi nak juga org menghargai entri aku?
maksud aku .. sekurang2 nya ada yg comment...
mungkin jugak kot entri aku tak best..
atau org datang ber"BW" je tinggalkan jejak..
tapi hakikat nya.. tak membaca pun langsung isi kandungan dalam sesuatu blog.

tapi takper la kan itu adalah hakikat nya..
kalau aku ber'BW' aku suka letakkan comment..
sebab kalau aku tuan punya blog.. mesti seronok kalau entri aku ada org comment..
maknanya ada org menghargai entri kiter tuh..





   

itu cuma pendapat dan luahan rasa aku..
walaupun sekadar luahan rasa..
dalam hati kita tentu ada terdetik untuk beri comment
tak kisah la apa2 pun kan..

sekurang2 nya ada gak semangat untuk aku meneruskan penulisan aku...
sebab aku perlu kan sokongan ... dan teman... bukan semata2 mengejar BE...

p/s bermakna ke setiap comment??