Assalamualaikum!
memang dah lama aku tak update blog ini...
banyak sebab musabab nye... yg nyata aku sendiri tengah mencari kehidupan ku.
tapi semalam bila PM kita Pak Najib buat pengumuman pasal Perumahan Rakyat Satu Malaysia, dan akan dilancarkan di sebahagian tapak Pangkalan Udara TUDM Sg. Besi aku rasa macam tak puas hati je...
nak tau lanjut klik sini
kenapa aku tidak setuju :-
- kawasan yang digunakan kawasan baru ~ tau tak kenapa ?? nape la tak terfikir di otak tuh .. banyak projek2 perumahan yang terbengkalai, nape tak ambil alih je projek tuh pikir kan camna nak bangunkan semula... kan ke lebih elok... nape nak buat kat kawasan baru... ?
- kos rumah RM220,000 ~ gila bapak mahal nye... itu ke namanya nak membantu rakyat untuk dapatkan rumah... kerajaan tak tau ke ramai lagi rakyat nya ni berpendapatan rendah... sedangkan taraf hidup semakin lama semakin tinggi... skang ni org keje swasta pun susah nak dapat pinjaman untuk kos rumah macam tuh.
- dengar citer buat ala2 kondo ~ huh dengan harga 220k dpt rumah yg takde tanah plak tuh... betul ke Pak Najib nie.?
- sebenarnya projek perumahan ni untuk semua rakyat ke atau SATU bangsa je? ~~ cuba renung sejenak. di umumkan di radio CINA, berapa ramai la yg mendengar radio CINA.. bukan nye memboikot bangsa CINA tapi klu untuk 1 MALAYSIA .. apa salahnya umumkan ditempat yang semua rakyat konpem dengar.
tolong la pikirkan untuk semua.... sila la recycle projek2 yang terbengkalai... apa salahnya klu kerajaan ambil alih dan jual, tidak la berlaku pembaziran... tidak la asik nak buka tapak baru je...
korang rasa Pak Najib punya tindakan tuh betul ke?? bagi la aku pendapat... aku nak komen kat Portal Najib nanti klu ada sokongan dari korang...
* maaf la kalau kata2 aku ni mengguris hati para penyokong Pak Najib... tapi cuba la dengar pendapat dari semua peringkat rakyat..