08 Februari 2011

Maaf kan AKU!

maaf ye... sebab lama tak update blog...
maaf gak... lama dah aku menyepi...
maaf membuatkan blog aku hambar...
maaf tak dapat nak amik duit poket dari mr.nuff..
maaf dan maaf....

dalam beberapa ari aku tak update blog nie...
banyak perkara yg telah berlaku ...
tak kisah dalam negara ke ..
luar negara ke...
termasuk gak dalam kehidupan aku sendiri..

tarikh 12hb feb ini.. aku akhirnya akan bergelar isteri kepada seseorang..
so tentu korang tau nape aku jarang update blog..
mana sibuk ngan keje...
sibuk plak dengan persiapan untuk majlis yg akan berlansung x lama laie...

macam2 rasa ada.. debaran .. takut.. seronok.. macam2 la bercampur aduk...
rasa yg ada tuh... tapi aku kena gak gagahkan diri...
macam2 pesanan aku terima...
macam2 teguran gak aku terima..
so aku terima dengan hati yg terbuka.. untuk kebaikan diri aku dan juga..
untuk kehidupan aku yg baru...

mungkin terlalu lewat untuk aku menjejakkan kaki ke dunia yg baru ini..
tapi takde yg perlu aku kesalkan...
kerana selama aku hidup bersendirian...
banyak pengalaman yg aku tempuhi...
banyak cabaran dan liku-liku kehidupan yg aku lalui...
dan akhir nya aku kena belajar plak hidup berpasangan...
hidup berumahtangga..

ehsan dari incik google... (nanti baru ada my real pic)


pada kawan2 aku... adalah amat berbesar hati sekiranya... 
ada yg sudi berkongsi idea pandangan untuk aku..
bagi aku menempuhi kehidupan yg baru inie

28 Januari 2011

Tazkirah Jumaat : Lihat Kelemahan Diri Dahulu

KITA terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita.
Ramai orang menginginkan orang lain berubah.
Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian.


Kita mahu negara kita berubah. 
Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.


Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.


Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri.
Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.


Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan.


Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina.


"Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.


Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri.

Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.


Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.
Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti ‘ketam mengajar anak berjalan betul’ nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri.

Ingat!!! ubah diri sendiri dulu sebelum mengubah orang lain... 

(sumber dari email..)