08 November 2010

banjir Oh banjir....

salam.. 
sebelum aku pegi temankan kawan ku ke Sepang..
dah berceloteh jap..
pagi ni nak p keje dengar hOt FM laie.. biasala itu je aku minat nak dengar pagi2 nie..
topik dia 'aku dan banjir'...
dan biasalah macam2 cerita aku dengar sepanjang perjalanan aku nak ke ofis..

teringat aku kenangan banjir di pekan di mana aku bersekolah dalam 2 tahun begitu la .. 
sebelum aku sambng belajar di tempat lain...
iaitu pekan Beaufort...
waktu tuh pekan kecil ni tak ditambak laie... memang tenggelam la bangunan2 kedai lama...
paras air tuh sama tinggi ngan jambatan yang merentangi sungai padas

begini la keadaan nya.... dan kini walaupun telah ditambak... 
mak aku tetap bercerita tentang keadaan banjir di pekan tempat keluarga aku tinggal.. walaupun tak seteruk dulu.. walaupun bukan kerana hujan.. kekadang air di sungai padas akan melimpah kerana pelepasan air dari empangan yang terdapat di tenom... 
dan ianya tidak menjadi kehairanan lagi...

berbeza pulak banjir yang melanda di bandaraya Kuala Lumpur.. pantang la hujan 3 jam berturut-turut yang turun dengan lebat sekali... Kuala LUmpur akan di landa banjir...


apa plak banjir di pekan kecil berbanding dengan bandaraya Kuala Lumpur ... yang mana sepatutnya sistem saliran nya yang lebih canggih... tetapi tetap gak banjir...

apa punca nya yang menjadi kan keadaan ini terjadi???????????

p/s sambung laie nanti... member dah sampai




2 ulasan:

LanaBusyBee berkata...

akak, saya balik kg baru2 ni kan, terjakun sekejap..bandar alor staq boleh banjir..kedai2 tutup..banyak jalan yang tutup...banjir yang terburuk sekali..mungkin Allah nk kita beringat...rumah saya xnaik air, cuma kt bilik air masuk..eh2 dh pnjg lak komen ahah, nk kena wat entry banjir ni hehehe

iLa SaHaR berkata...

mmg rasanya itu peringatan untuk kita semua..